Friday 15 July 2011

Fenomena Azan

Fenomena azan ialah salah satu kejaiban yg ditunjukkan oleh Allah kpada kita
mengenai kebesaran-Nya…  
Antara kita sedar atau tidak sebenarnya azan tidak pernah berhenti dilaungkan walaupun sesaat di seluruh dunia..

Azan merupakan 1 seruan bg umat Islam utk menandakan telah masuknya waktu solat fardhu…

Bahagian lafaz azan:

1.     Allahu Akbar, Allahu Akbar (2 kali)
     "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar"

2.     Asyhadu anla ilaha illallah (2 kali)
"Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah"

3.     Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah (2 kali)
"Aku bersaksi bahwa  Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

4.     Hayya 'alash sholah (2 kali)
"Marilah sembahyang"

5.     Hayya 'alal falah (2 kali)
"Marilah menuju kejayaan"

6.     Allahu Akbar, Allahu Akbar (1 kali)
"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar"

7.     Lailaha ilallah (1 kali)
"Tiada Tuhan selain Allah"

8.     Tambahan pd azan Subuh selepas "Haiyaalal falah" ( 2kali ):
      Assolaatu khairun minan naum" (2 kali)
      "Sembahyang itu lebih baik dari tidur" 

Jika dilihat pd peta dunia, dpt kita jejaki jejak pjalanan azan yg sgt mnakjubkan..
Bermula dr Indonesia yg mrupakan ngara yg brada di sblah timur bumi,  mengandungi 4 pulau iaitu Sulawesi, Kalimantan, Jawa & Sumatera..
Ketika fajar mula mnyingsing di ufuk Timur Sulawesi, iaitu tepat pd waktu 5.35 pagi waktu setempat, azan Subuh mula bergema. Serentak dgn itu, ribuan muazzin yg lain bangun untuk menyambung seruan azan tersebut.

Selepas itu, bumi mulai begerak ke bahagian sebelah barat. Setengah jam kemudiannya, setelah Sulawesi selesai azan Subuh, seruan itu dilaungkan pula ke Kalimantan, dan kmudian disambut oleh Jakarta.

Sebelum Sumatera selesai lafaz azan yang terakhir, Malaysia sudah memulakan “Allahu Akbar” dan Myanmar pula mgambil tempat seterusnya.

Sementara 1 jam sejak Jakarta memulakan azan, gemanya sudah sampai ke Dakka, ibukota Bangladesh. Selepas Bangladesh, bahagian barat India iaitu dari Calcutta ke Srinagar pula sedang melaungkan azan. Seterusnya merebak ke Bombay dan seluruh India.

Muazzin di kota Srinagar & Sialkot (bandar di utara Pakistan) pula mengambil tempat melaungkan azan. Perbezaan waktu di antara Sialkot, Quetta & Karachi hanya 40 minit, dan di dalam waktu ini, azan ternyata sudah berkumandang di seluruh Pakistan. Sebelum berakhir di Pakistan, Afghanistan & Muscat sudah memulakan kalimah pertamanya.

Selang sejam, azan kembali bergema di seluruh Hijaaz-e-Muqaddas (kota-kota suci di Mekah & Madinah), Yaman, Jazirah Arab, Kuwait dan Iraq. Perbezaan waktu antara Baghdad & Alexandria yg merupakan bandar kedua terbesar di Mesir adalah 1 jam. Oleh itu azan dilaungkan serentak di Syiria,Mesir, Somalia & Sudan.

Turki yg berbeza hanya 1 stengah jam antara sebelah timur dan baratnya juga turut tidak ketinggalan menyambut seruan suci ini sehinggalah merebak ke Tripoli iaitu ibu negara Libya. Dalam waktu yg singkat itu, azan sebenarnya terus berlarutan sehingga sampai ke Afrika..

Seruan azan yg telah dimulai di hjung Indonesia itu akhirnya tiba di tepi pantai timur Lautan Atlantik tetapi ianya tidak terhenti di situ,  krna pada saat itu azan telah berkumandang kembali di sebelah timur Indonesia mnandakan masuknya waktu Zohor.
Sebelum ia sampai ke Dakka, azan Asar pula diperdengarkan..

1 setengah jam berikutnya, Jakarta pula mengambil tempat..Subhanallah..

 Tidak lama kemudian, azan Maghrib sudah diperdengar di Sumatera, sementara waktu Isyak sudah tiba di Sulawesi..

Maka, ketika azan Subuh bgema di Indonesia, umat Islam di Afrika pula bersiap sedia menyabut kedatangan Isyak..

Lihatlah kebesaran Allah..
Ternyata bumi ini tidak pernah sepi dari laungan azan walaupun sesaat sekalipun..
 Maha Suci Allah, Tuhan sekalian Alam..


Gambarajah menunjukkan bahagian bumi yg tidak terkena sinaran matahari (bahagian gelap) ialah malam. Sebaliknya, bhagian yang terkena sinaran matahari (bahagian cerah) ialah siang. Bahagian yg berada hampir di garisan gelap dan cerah disebut masuk waktu fajar. Manakala bahagian bumi yang lain masuk waktu senja. Maka, garisan gelap dan cerah itu adalah garisan fajar (waktu Subuh) dan garisan senja (waktu Maghrib) .
Selagi bumi berputar, garisan fajar dan senja akan terus- terusan menyentuh bumi kita, dan azan Subuh dan Magrib akan dilaungkan secara teratur mengelilingi bumi. Sesaat azan bergema, dan belum lagi habis azan berkumandang di suatu wilayah, ia akan segera disusuli oleh wilayah yang seterusnya dan ia akan terus begerak seperti itu tanpa henti!!

No comments:

Post a Comment